Thursday, July 28, 2011

Daging masak hitam Kak Mariah

Bahan-bahannya:

Seketul daging - seeloknya batang pinang
Ketumbar biji, jintan manis, jintan putih, lada hitam
Bawang putih - lagi banyak lagi bagus
Bawang merah
Serbuk cili
Kicap tamin
Kicap manis
Minyak untuk menumis
Sedikit garam

Cara-caranya:

1. Bersihkan daging, tetapi jangan dipotong.
2. Perapkan dengan kicap tamin dan kicap manis selama 1/2 jam.
3. Rebus daging berkenaan bersama perapannya. Tambah air jika perlu.
4. Setelah masak, angkat dan sejukkan sedikit kemudian baru dipotong dagingnya.
5. Sambil itu, tumbukkan ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada hitam dan bawnag putih.
6. Panaskan minyak dalam kuali.
7. Tumiskan bahan yang ditumbuk.
8. Masukkan bawnag besar yang dipotong dadu. Kacau hingga garing (kejap je ni).
9. Perlahankan api dan masukkan serbuk cili. Kacau hingga pecah minyak.
10.Masukkan daging bersama air rebusannya tadi dan masak hingga mendidih.
11.Boleh masukkan daun bawang dan lobak merah jika suka.
12.Masukkan sedikit garam untuk perasa, dan siap......

Mari merendang






Resepi rendang daging dari Kak Sal..

Bahan-bahannya:
Daging - dalam 1 kg atau lebih sedikit
Cili kering
Cili api
Bawang merah, bawang putih
Lengkuas
Kunyit hidup
Serai
Minyak masak untuk menumis
Daun kunyit
Santan kelapa
Kelapa parut
Asam keping
Gula merah ketul
Garam

Cara menyediakan:
1. Daging dipotong-potong dan dibersihkan.
2. Cili kering dipotong, buang bijinya dan rebus/rendam dengan air panas.
3. Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai yang dipotong, kunyit hidup, cili kering dan cili api.
4. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing/pecah minyak.
5. Masukkan daging dan kecutkan.
6. Setelah kecut, masukkan santan.
7. Masukkan juga kelapa parut dan serai yang diketuk. Biarkan dengan api sederhana.
8. Setelah hampir kering, masukkan gula merah. Rasa dagingnya dah empuk atau belum, kalau belum, tambahkan sedikit air.
9. Bila daging sudah empuk dan hampir kering, masukkan asam keping, garam dan daun kunyit yang dihiris.
10.Masak hingga sebati dan kering mengikut kesukaan.

Nota: Lapo pulak rasa perut bila menulis resepi ni...adui..huhu..









Wednesday, July 27, 2011

Kek pisang favourite

Senang sungguh menyediakannya. Kalau beli pisang dan agak-agak hampir expired tanpa sempat dimakan, boleh dijadikan kek.

Bahan-bahan:

3-4 Biji pisang (apa2 jenis pisang..berangan ke, montel ke..)
1 3/4 Cawan tepung gandum
1/4 Cawan tepung jagung
1 Cawan gula pasir/merah
1 Cawan minyak masak
3 Biji telur
1/2 Sudu teh baking powder
1/2 Sudu teh soda bikarbonat
1 Sudu teh esen vanila
Secubit garam

Cara-caranya:

1. Ayak tepung gandum, tepung jagung, baking powder, soda bikarbonat dan garam bersama-sama.
2. Ramas pisang.
3. Pukulkan telur dan gula sampai kembang.
4. Masukkan pisang dan esen vanilla - pukul sekejap.
5. Masukkan tepung-tepung - pukul sekejap.
6. Masukkan minyak masak - pukul sehingga sebati.
7. Preheat oven pada suhu 150 C selama 10 minit.
8. Bakar pada suhu 150 C selama 45 minit atau sampai masak.

Nota: Boleh juga dijadikan cup cake. Bezanya waktu memasak cupcake ialah 20 minit/sehingga masak.

Laksa Kak Ngah..

Resepi laksa dari Kak Ngah, Batu 8, Taiping (kakak iparku...)

Bahan2:

Untuk kuah:
Ikan kembung dan ikan selayang (kalau yang besar lagi bagus)
Ikan bilis (yang paling murah pun takpe)
Bawang merah, putih dan halia
Cili kering
Daun kesum
Bunga kantan
Fishcake - dihiris nipis2
Asam keping
Garam

Untuk hidang:
Laksa kering - direndam (lagi lama lagi bagus)
Telur rebus
Cili api dan/atau cili besar - dihiris
Bawang besar - dihiris
Timun - dihiris
Daun selom - dihiris
Limau kasturi

Cara membuat kuah:
1. Bersihkan ikan dan rebus bersama asam keping.
2. Bersihkan ikan bilis dan rebus.
3. Rebus cili kering.
4. Kisar ikan bilis bersama air rebusannya, tapis dan ketepikan airnya.
5. Asingkan isi ikan dengan tulangnya.
6. Kisar isi ikan bersama air rebusannya. Ketepikan.
7. Kisar tulang ikan. Tapis dan ketepikan airnya.
8. Kisar cili kering, tapis dan ketepikan airnya.
9. Kisar bawang merah, putih, halia.
10.Ambil periuk, masukkan bawang yang dikisar bersama isi ikan, air rebusan tulang ikan, air rebusan ikan bilis, air rebusan cili kering dan fish cake. Rebus semua.
11.Masukkan asam keping dan tunggu menggelegak.
12.Masukkan daun kesum, bunga kantan dan garam.

Untuk menghidang:
1. Masukkan air dalam kuali/periuk untuk merebus laksa dan didihkan.
2. Bila air telah mendidih, masukkan laksa yang telah direndam.
3. Bila telah lembut, tutup api dan tapiskan utnuk dibuang airnya.
4. Bilas laksa dengan air paip dan sejatkan.
5. Masukkan sedikit laksa dalam mangkuk, bubuh ulam-ulaman yang telah dihiris dan telur.
6. Curah kuah.
7. Makan...sedapnya...

Mee kari seafood

Kali ni Mama nak kongsi resepi mee kari yang sedap dan senang sahaja...

Bahan-bahan:

Untuk kuah:
Udang putih kecil
Ketam 2 ekor - dibersihkan dan dibelah dua
Bawang merah dan putih (boleh dimayang atau dikisar)
Serbuk kari daging + ikan
Daun kari
Santan kelapa
Minyak masak
Garam dan gula untuk perasa

Untuk menghidang:
Mee kuning (dicelur)
Fish cake (dicelur dan dipotong)
Taupuok (tauhu kering) (dicelur dan dipotong)
Cili hijau (dipotong)
Tauge (dicelur kalau suka)
Isi kerang rebus
Telur rebus
Limau kasturi
Sawi (dipotong2 dan dicelur)
Daun sup, bawang goreng

Cara membuat kuah:

1. Siang udang dengan mengasingkan ekor dan kepala daripada isinya.
2. Rebus ekor dan kepala udang.
3. Kisar ekor dan kepala udang bersama air rebusannya dan kemudian tapis. Ketepikan air tapisannya.
4. Tumis bawang dengan minyak masak sampai garing.
5. Perlahankan api sehingga paling kecil dan masukkan serbuk kari serta daun kari. Tumis sehingga pecah minyak.
6. Masukkan air rebusan ekor dan kepala udang, diikuti ketam.
7. Setelah menggelegak, masukkan santan dan tunggu sehingga menggelegak semula.
8. Perasakan dengan garam dan gula.

Untuk menghidang:

1. Masukkan mee kuning dalam mangkuk, diikuti bahan2 lain.
2. Curahkan kuah. Kalau suka, perah limau kasturi.
3. Sodappp...

Tuesday, July 26, 2011

Warkah untuk anak-anakku..

Assalamualaikum, salah sejahtera untuk anakanda-anakanda yang bonda banggakan - Qistina Isma, Sharizal Ismail, Harith Musyairi dan Ainul Mardhiah. Semoga beroleh rahmat dan kesejahteraan. Ingin bonda nyatakan di sini, sesungguhnya dalam tengking herdik amarah jeling cubit bonda, tiada bonda ingin mengelak bahawasanya bonda terlalu..terlalu bersyukur dikurniai Allah anakanda. Saban hari tika berjauhan, doa bonda selalu mengiringi anakanda agar anakanda beroleh bahagia dalam apa sahaja yang dilakukan.

Maafkan bonda kiranya masih jauh untuk menjadi bonda yang mithali, yang boleh anakanda banggakan, dan yang boleh ditiru perilakunya..lantaran bonda juga adalah insan lemah yang tiba-tiba diamanahkan Allah untuk mendidik kalian. Anakandalah yang selalu menjadi kekuatan bonda, dan mengajar bonda erti hidup.


Apapun yang kalian ingin menjadi, jadilah insan yang memberi sebanyak-banyaknya selagi kalian bernafas dibumi, agar kalian nanti membawa bekal sebanyak-banyaknya untuk kehidupan di sana.