Thursday, June 4, 2009

Rombongan Cik Kiah

Salam bahagia.
Kali ini saya ingin berkongsi gambar-gambar yang diambil ketika menjalani percutian keluarga ke Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 1 Mei 2009 yang lepas. Antara beberapa percutian yang saya pernah lalui, inilah percutian yang paling menyeronokkan kerana melibatkan hampir semua ahli keluarga saya yang mana ianya julung-julung kali diadakan.

Kepada sesiapa yang tidak pernah sampai ke Ilham Resort, ianya adalah satu tempat penginapan yang indah terletak ditepi pantai dan bersebelahan dengan Hutan Simpan Tanjung Tuan. Resort ini menawarkan banyak
kemudahan dan aktiviti (itulah sebabnya saya sudah 4 kali menghabiskan cuti disini). Antaranya aktiviti BBQ, jungle trekking, team building, karaoke, mini pawagam, bola tampar dan macam-macam lagi. Boleh juga bersantai di kolam renang. Nak sukan tepi pantai pun boleh juga. Ada kayak, banana boat, jet ski dan macam-macam lagi.
Aktiviti paling menarik yang kami lalui ialah jungle trekking di Hutan Simpan Tanjung Tuan. Apa tidak menariknya, kebanyakannya baru pertama kali melakukannya. Jadi macam-macam kerenah yang keluar.
Kami melalui trek berturap tar, menjadikan perjalanan agak selesa walaupun penat mendaki. Kiri kanan penuh dengan kehijauan pohon-pohon hutan.

Bila sampai ke puncak, pemandangan yang terhidang kepada kami, Subhanallah...memang indah.
Lama jugalah kami duduk menikmati pemandangan yang indah sambil melepaskan lelah kaki.

Semasa perjalanan turun dari bukit, kami singgah ke satu lorong. Kami jumpa telaga lama...

Kami jumpa tali, boleh gayut...

Dan jumpa pantai yang indah...semua berkubang...

Bila petang hari, kami main bola tampar. Bukan pandai main pun, saja nak seronok.
Begitulah percutian kami. Yang pastinya semua kenangan indah, manis, masam, pahit, misteri nusantara semua ada....
Jumpa lagi dilain masa...

Hantaran Bertunang Fahmy

Salam sejahtera.

Dititipkan hasil gubahan hantaran yang saya buat untuk anak sepupu saya, Fahmy di keramat. Gubahan ini untuk dihadiahkan buat bakal isteri tercinta.

Selamat mencuci mata...
















































Hobi satu kemestian

Salam manis.

Saya tidak boleh mendengar berita saudara terdekat atau sahabat karib bakal melangsungkan majlis - tidak kiralah majlis bertunang, nikah, khatam quran, kenduri 'house warming' dan apa sahaja, pasti fikiran saya akan segera berputar mencari apakah ada benda yang sesuai untuk saya melampiaskan hobi yang satu ini.

Apa agaknya hobi tu ye?

Hmm...hobi yang saya maksudkan ialah menyediakan apa sahaja yang boleh dijadikan kenangan untuk majlis berkenaan - bunga telur, bunga pahar, cenderahati, dekorasi hidangan dan apa sahaja yang ada kaitan dengan seni.

Bukan mudah melaksanakan hobi ini, perlu korbankan masa dan tenaga. Kadangkala sehingga berbulan-bulan, baru nampak hasilnya. Tetapi apabila telah siap, hilang segala penat lelah menyiapkannya.

Saya cuba kongsikan dari semasa ke semasa antara barang-barang yang telah saya hasilkan. Selamat mencuci mata.

Salam pengenalan..

Salam sejahtera kepada semua.

Saya ingin berkongsi apa sahaja di laman blog ini. Mungkin ada sebahagiannya yang dapat menjadi manfaat pembaca.

Selamat membaca...