Thursday, June 4, 2009

Rombongan Cik Kiah

Salam bahagia.
Kali ini saya ingin berkongsi gambar-gambar yang diambil ketika menjalani percutian keluarga ke Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 1 Mei 2009 yang lepas. Antara beberapa percutian yang saya pernah lalui, inilah percutian yang paling menyeronokkan kerana melibatkan hampir semua ahli keluarga saya yang mana ianya julung-julung kali diadakan.

Kepada sesiapa yang tidak pernah sampai ke Ilham Resort, ianya adalah satu tempat penginapan yang indah terletak ditepi pantai dan bersebelahan dengan Hutan Simpan Tanjung Tuan. Resort ini menawarkan banyak
kemudahan dan aktiviti (itulah sebabnya saya sudah 4 kali menghabiskan cuti disini). Antaranya aktiviti BBQ, jungle trekking, team building, karaoke, mini pawagam, bola tampar dan macam-macam lagi. Boleh juga bersantai di kolam renang. Nak sukan tepi pantai pun boleh juga. Ada kayak, banana boat, jet ski dan macam-macam lagi.
Aktiviti paling menarik yang kami lalui ialah jungle trekking di Hutan Simpan Tanjung Tuan. Apa tidak menariknya, kebanyakannya baru pertama kali melakukannya. Jadi macam-macam kerenah yang keluar.
Kami melalui trek berturap tar, menjadikan perjalanan agak selesa walaupun penat mendaki. Kiri kanan penuh dengan kehijauan pohon-pohon hutan.

Bila sampai ke puncak, pemandangan yang terhidang kepada kami, Subhanallah...memang indah.
Lama jugalah kami duduk menikmati pemandangan yang indah sambil melepaskan lelah kaki.

Semasa perjalanan turun dari bukit, kami singgah ke satu lorong. Kami jumpa telaga lama...

Kami jumpa tali, boleh gayut...

Dan jumpa pantai yang indah...semua berkubang...

Bila petang hari, kami main bola tampar. Bukan pandai main pun, saja nak seronok.
Begitulah percutian kami. Yang pastinya semua kenangan indah, manis, masam, pahit, misteri nusantara semua ada....
Jumpa lagi dilain masa...

No comments:

Post a Comment